18 November, 2010

Cerita Sedih..hahhaha

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,"
kata Julia lembut sambil membetulkan
pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum
memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad
mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin
meluru masuk ke bilik kerana dah tak
sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-
anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik
kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali
niabang ada peluang untuk cuti
panjang." Ahmad berkata kepada
isterinyatercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang
empatjam. Liz dan Lin dah pun
terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga denganisterinya, Julia. "Tak sabar
rasanya nak tiba kat kampung,"
Ahmad berkatadalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan
minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad
semakin seronok. Ahmad dah tak
sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok
kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Ahmad
masa tu. Terlupa dia sekejap pada
anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat
ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat
sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa.... jangan laju sangat bang, Julia
takut." Julia cuba memujuk Ahmad
supaya memperlahankan
kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad
terus memotong bas ekspres
didepannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa
kan?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres.
Julia tengok abang motong dia aaa...."
Ahmad terus masuk gear 3, pedal
minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai. Ahmad terus membelok ke
kanan untuk memotong dan.... di
depannya tersergam sebuah lori balak
yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup
terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat
emaknya di situ. "Mana abang Ahmad
mak? Macammana dengan suami
saya, mak? Liza, Linda....mana anak-
anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia
menyoal emaknya. Julia tak dapat
menahan kesedihannya lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Julia
tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak,
abang Ahmad?" Julia masih terus
menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh
emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia
macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka
dahlah tak cun, belajar pun malas,
kerja pun takde, ada hati nak berlaki.
Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!
Bangun pegi sembahyang! Asar pun
dah nak habis!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar.......
dan Julia tersengih keseorangan.Rasa
macam nak masuk dalam tin biskut! "

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.