02 December, 2012

Sahabat PSIS♥

Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
SALAM
Emm tibe2 rase sedih untuk entry kali nieh.. 
nasib bek menaip waktu siang kalau malam confrim meleleh ari mate nieh..
Even kita kenal untuk masa yang singkat bagi saya korang2 semua memang sahabat yang terbaik..
3 tahun mase yang pendek untuk kite kenal orang sekeliling kita
bagi saya blum cukup lagi untuk saya kenal kawan2 saya.
sebab mereke2 nieh lah tempat untuk saya belajar baik buruk..

Fuuuhh.. 
kalau nak cakap perangai before nieh 
(emm sebelum continue menjadi student lahh) senang cerita perangai nieh
macam hareemmm lahh..
kadang2 biler ingat malu kat diri sendiri jahil sangat pasal agama..
Tapi bila dengan diorg2 nie saya jadi tak malu nak belajar semua tue..
ingat lagi cakap Tika Kama (ATIKAH KAMARUDIN) "Akak la jadi imam" 
saya "Isyhh aku tak reti la"
tika "Alah try lah kak blaja"
tapi sampai sekarang memang saya tak boleh, bukan takut..
tapi masih belajar..
p/s "Nanti kita jumpe kita solat same2 lagi k" :'( 

Actually, kelas saya ada 21 orang semuanya..
18 heroin and 3 kotull jer hero.. 
but time sem 5 dah kurang sorang
and sem 6 kurang lagi sorang (becoz dia dah jd mama)
Memandangkan ahli yang semakin sikit so lecture2 pown ambik keputusan gabungkan kelas A and B
actually x de beze pown A dgn B
memang susah nak satu hati (cewahh)
tapi kitorg tak pernah gaduh pown..



*trip pergi IBFIM* jalan nie mmg kami yang punye ^_^

Banyak yang kami dah tempoh same2
so harap semua kawan2 DIB ingat lah saya.. ^_^
macam ayat2 korang karang kat buku gedabak  tue,
*kawen jgn lupa jemput = ye semua akan dijemput
*akak frendly = ye meme lahh mcm bdk2
*suke tengok akak gelak = hahahhaha t konvo kte gelak beso k
*jadilah burung, awan, matahari bla bla bla = ye saya akan jd yang terbaik insyaallah
*akak selumba ha? slumber kiki = slumber yan yan 


*Pillow merangkap driver saya hahaha (sahabat demok)

*HouseMate yang menggila bila malam




*Berkelah kelah tepi tasik


*Kami pernah jadi naib johan naib okeh naib


 *Time jakun blazer.. biase lahh..




Next entry maybe kisah last sem kita di psis okeh!
korang sume mmg debakk
saya tak lupe walau sorang pown janji janji..


~~~assalammualaikum
muxxx~~~

20 November, 2012

KOTAK HATI♥ ♥



Bismillahirrahmanirrahim~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
SALAM

Lama sangat dah, sangat tau.. 
Mana janji2 awak nak luahkan semua kisah awak dekat saya nie haa?? Mana??
emm maaflah blogberry..
okeh banyak sangat yang saya nak kongsi
but sampai sekarang, dah nak abis sem pown still buzy..
Hari nie je macam kurang buzy cikit sebab sekarang kat tempat saya study nie tengah study week
name jer study week budak2nye bukan study pown
time nie lah mase untuk balas dendam

1.Tido lepas solat subuh sampai matahari tercacak, x pown sampai bilik berwapp tak payah nk pergi sauna lah..
2.Layan maraton movie dari dalam negara sampailah luar negara..
3.Download lagu2 jiwang, lagu2 lame (karok satu rumah)
4.Makan, lepak, makan, lepak.. (niat nk study)
5.If ada bf/gf 24jam gayut, kalau satu tempat study jumpe sepanjang masa..

Esok nak exam pandang orang pown rase nak marah
Meja study jangan cakap la dan makanan utama always maggie(TOMYAM)


Bukti kukuh~

Tapi time2 macam nie lah,
 kita akan ingat orang yang selalu paham kita,
dengar masalah kita, tolong kita time susah.
time nie lah kte akan salalu call family kite
bagi saya mama lah tempat saya luahkan segalanya..


Dia lah yang amat-amat memahami anak2nya
kala memerlukan..
Saya cume minta mama tolong doakan anak dia nie bole jawab exam dengan tenang
cukup dah..
and mama bole plak pas something hehehe
thanks mama...

Gedabak la sekali kizzmis dari mama~
Ratu Hati Ku~

~~~assalammualaikum
muxxx~~~

04 August, 2012

~~~Maap BER--->Sawang

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
SALAM
to all ma piloww, and all readers yg sudi read kisah gadis ini..
Wahhh agk lamekan tak mengepost(ayat)
sory all fred n readers actually beberapa bulan yang lps sy bzy
amboii mcm ARTIS
nopp laa memandangkan tmpt yg sy stdy tue mengamalkan short sem
saje nk menyusahkan student pluss all da staff kt ctue tue
kami as a student yg amat2 lah baik dan menurut peritah ikt kn saje lahh..
So sepanjang tue x menyempat la sy nk jenguk blog kesayangan nie..

LAST YEAR
Ape yg last year ye??huhuhu
tahun nie adalah tahun last sy stdy
klo in future rase na stdy lg mybe la continue
but bt mase skang tgh excited sgt2 na keje
agk2 la ,muke sy nie dpt keje ap ye??


hehehe
rase2 klo na cite sume yg terjadi sepanjang bln2 yg x post tue mmg letih la kn?
jd utk menebus kesalahan sy bg tnjuk nie je k (^_^)



~~thanks Public Mutual 


~~Dis is our memories guys <3 p="p">



~~Our financial institution




~~~assalammualaikum
tak jawab dosa
jawab sayang
muxxx~~~



20 February, 2012

~~Keinginan yang belum pasti~~

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful..
SALAM
to all ma piloww, and all readers yg sudi read kisah gadis ini..
emm mod saya skarang sukar digambarkan,
sedih,gembira,sunyi mcm2..
tibe2 saya baca note2 best yg saya ctrl C dr google..
mmg ap saje note yg sy curi sy simpan tp bacenye tah bila..
nk bce??scroll la kebwh~~~


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


Note ni yg tibe2 bt sy tersentuh..
besarnye kuasa suami utk membawa seorang wanita yg bernama isteri menuju ke syurga kn??
emm apa yg bt sy tibe2 menitiskan air mata
dlm hti brkata sempatkah sy merasa semua ini??
siapa lelaki yang bergelar suami yang boleh membawa sy kesana??
emmm :'''(


~~~assalammualaikum
tak jawab dosa
jawab sayang
muxxx~~~

04 February, 2012

Kita bercinta hingga ke syurga




Masih adakah lelaki idaman itu??
Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??