18 November, 2010

MENUNGGU ATAU DITUNGGU LEBIH BAIK??

biasanya apa yang aku buat bila menunggu orang seorang diri?
  1. dengar lagu (kalau boleh radio sebab ada DJ bercakap & kadang2 buat lawak & akan buat kite gelak dan boleh hilangkan bosan, walaupun nampak macam orang gila gelak sorang2)
  2. main game (walaupun lepas itu bateri hp habis)
  3. telefon kawan (itupun kalau aku ada kredit)
  4. berangan (ha, yang ini best hahahahah)
  5. tengok mamat handsome yang berdekatan (tapi biasanya tak ada)
  6. bercakap dengan orang yang berdekatan kalau boleh yang tua2 (aku akan terlebih peramah kalau mood aku bosan)
  7. main dengan kucing (ha, yang ini memang banyak walau di mana2 tempat)
  8. kacau semut (tak, aku bukan pendera. aku acah2 je)
  9. pandang langit, tengok awan tu membentuk apa(sakit tengkuk aku)
mesti ramai yang pelik kan kenapa aku ini penyabar menunggu,
dan tertanya-tanya macam mana aku boleh menunggu sebegitu lama,
kan kan kan kan
(alaaa angguk je lah)
MySpace

  1. sebab dah janji nak keluar bersama (walaupun dia tak tepati masa)
  2. sebab dia mungkin ada alasannya tersendiri(walaupun dia memang sentiasa lambat)
  3. sebab aku sayang kawan aku hahah (walaupun aku tak tau dia sayang aku ke tak)
  4. sebab manusia sentiasa ada kekurangannya(walaupun dia tak cuba hendak memperbaikinya)
  5. sebab aku penyabar walaupun aku hangin gak tapi bila dia dah datang je, terus hilang marah aku (baik kan aku neh, kan kan )
cuma satu sahaja yang boleh buat aku meledak kalah gunung berapi, lava kemarahan aku pun lebih panas daripada lava gunung berapi. aku tak suka orang yang batal saat-saat akhir.

post aku ini dah lama aku fikir, dan aku tak tujukan untuk siapa-siapa pun. memang daripada sekolah, aku kene macam ini. alah bisa tegal biasa (betul ke?). apa-apa pun, daripada menjadi orang yang ditunggu, baik kita menjadi yang menunggu kan.
MySpace

korang tafsir lah sendiri gambar ni

1 comment:

  1. eh, pemikiran kite same la..
    nasib yg same, tp skunk ade gak dpt member yg ontime..
    hohohoh

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.